Friday 17 August 2012

Selamat Hari Raya


 Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe. 
  
Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dalam gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah 
   
Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari 

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..

Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,  Lambaian Syawal Kian Dinanti,  Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,  Semoga Kesalahan Dimaafi,  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Di Aidil Fitri Mulia,  Maaf Dipinta andainya   TERkasar Bahasa  TERsilap bicara  TERmarah yg x kena  TERtanya yg x tentu hala  TERsasul yg x sengaja  TERpukul kat mana2  TERpinjam harta benda  TERmoody x semena2  TERumpat bila2  & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.  SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,  menjadi hiasan di aidil fitri,  SMS dikirim pengganti diri,  tanda ingatan tak layu di hati,  SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN
  
Masak lemang sambil berdiri,  Hendak makan di aidil fitri,  Nak hantar kad posmen dah cuti,  SMS jer boleh ku beri.  SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.


Membeli belah dipasaraya, 
Sambil mengorat anak Pak Ali,
Kalau puasa “Selamat Hari Raya”  
Kalau tak puasa sambutlah “Depavali”  “
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

RAMADHAN telah menjelma.  Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL  BERDOA   BERDOA   BERDOA   BERDOA   ORANG CAKAP BERDOA LAA…  Bukan picit-picit henpon!

Makan Roti Dengan Sekaya,
Selamat Hari Raya

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.

jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
sms ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati

bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

kuih makmur kuih tat
mari makan sama ketupat
bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang slamat
itu yang perlu kita ingat

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. 

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
  
Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa...

secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pon sudah
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih makan,
if silap seloroh,
plez 4givekan,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin



No comments: